Feeds:
Kiriman
Komentar

23 September 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kerana dua orang graduan Jabatan al-Dakwah wal Qiadah yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Mereka yang baru sahaja berkonvokesyen Ogos lalu merupakan bekas pimpinan mahasiswa semasa berada di KIAS. Saudara Mohd Faizul bin Hussein, bekas presiden PMKIAS sesi 2007/2008 bersama gadis pilihannya, Siti Fatehah binti Ramzai mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan dii rumah pengantin perempuan di Kg Kubang Batang, Tumpat hari ini. Tahniah diucapkan kepada mereka dan semoga berbahagia hingga ke akhirat, insya-Allah.

anakzakaria21 September 2009 – Tahniah diucapkan kepada pasangan alumni KIAS, Ustaz Zakaria Abdul Rashid dan Ustazah Wan Khairu Aznirawati, bekas penuntut Diploma Syariah KIAS 200-2003 yang telah menimang cahaya mata pertama mereka pagi tadi. Mereka berdua yang mendirikan rumahtangga pada Disember 2007 telah dikurniakan anak perempuan yang diberikan Nur Ain Aqilah binti Zakaria. Cahaya mata tersebut yang seberat 3.2 kg telah selamat dilahirkan di Hospital Tawau Sabah pagi tadi. Untuk makluman, kedua-dua mereka kini bertugas sebagai guru Jqaf di negeri Di Bawah Bayu ini. Tahniah diucapkan.

anokije16 September 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Wan Ahmad Nizam Wan Daud, bekas siswa Jabatan al-Dakwah wal Qiadah sesi 2000/2003 yang telah menimang cahaya mata sulungnya, seorang anak perempuan pada hari ini. Anak beliau yang dinamakan sebagai Wan Nur ‘Ajla binti Wan Ahmad Nizam itu dilahirkan di Hosptal Sultanah Bahiyah Al0r Star, Kedah dengan berat 3kg. Ustaz Wan Ahmad Nizam sekarang bertugas sebagai guru manakala isterinya, N0raina bt Hj Amran bertugas sebagai guru biologi di MRSM Balik Pulau. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 4 Oktober 2008. Tahniah diucapkan.

Berikut ialah berita yang dihantar oleh Ustaz Ahmad Fida’ bin Othman :


Assalamualaikum wrt.

Untuk makluman semua sahabat, Ust Abd. Rahim Hassan @ Insp. Abd Rahim (IPK KL) bahagian narkotik telah mengalami musibah kemalangan pada pagi 1 Ogos 2009 ketika dalam perjalanan bertugas ke lokasi Himpunan Mansuhkan ISA. Beliau menaiki motosikal Kawasaki (berkuasa besar) dan menjadi kebiasaan menaiki motosikal ke tempat kerja. Dalam perjalanan di highway Sungai Besi, selepas tol kajang, empat kereta di hadapan beliau berhenti / brek secara mengejut kerana dimaklumkan bahawa ada kereta kemalangan di hadapan. Beliau pada ketika itu tidak sempat untuk memberhentikan motosikalnya lalu merempuh kereta di hadapannya dan melambung serta terseret di atas jalan raya. Pada ketika itu, beliau lengkap berpakaian polis. Kebetulan beberapa minit selepas daripada itu, seorang anggota polis melalui kawasan tersebut dan menguruskan beliau sehingga dibawa ke hospital.

Isteri beliau (Ustz. Aisyah) dimaklumkan sekitar pukul 10 pagi tentang musibah ini oleh ketua bahagian narkotik pejabat suaminya.

Beliau mengalami patah kaki kiri, patah bahu kiri, patah tangan kanan, patah tulang rusuk kanan dan luka di belakang badan akibat terseret di atas jalanraya. Sekarang ini beliau ditempatkan di Wad 7E, Hospital Serdang. Sebelum ini, 2 hari beliau ditempatkan di ICU hospital berkenaan.

Alhamdulillah, ramai sahabat2 yang memberi sokongan ketika Ust. Aisyah mengalami sedikit tekanan apabila menerima berita ini dan antaranya ex-pimpinan Helwi 2002-2003.

Mohon semua sahabat mendoakan kepada beliau supaya sembuh.

AbuAfiq & UmmiSolehah

Ust. Ahmad Fida’ Hj Osman & Ustz. Asiah Hamat

Berikut ialah emel yang saya perolehi dari Pengerusi Alumni, Saudara Zaki Zakaria

HILUX-excident02 Julai 2009 – kira-kira jam 3.30 petang, ambo dalam perjalanan pulang dari KIAS bagi urusan ALUMNI yang akan menganjurkan Bazar Ramadhan di KIAS tahun ini, melalui jalan Kedai Lalat menuju ke Bachok. Sampai di Kg. Budi, tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Sunny datang dari arah depan dengan kelajuan lebih kurang 120 km/j meluru masuk laluan ambo dan melanggar body tengah lori yang berada di hadapan ambo kemudian melanggar kereta ambo di bahagian bumper depan. Kereta tersebut terbabas dan hampir masuk ke dalam bendang padi sebelah kanan. Kereta ambo terhenti akibat tayar depan sebelah kanan pecah lalu sebuah kereta jenis wira melanggar belakang ambo.

pemandu nissan sunny cedera parah dan tersepit dibahagian pemandu. Pasukan bomba terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa. walau bagaimanapun mangsa dapat dikeluarkan sebelum pasukan bomba sampai hasil dari pertolongan orang ramai. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Akibat dari kejadian ini, kereta Nissan Sunny mengalami kerosakan yang teruk, lori pecah tangki minyak, tayar dan bumper depan sebelah kanan hilux ambo pecoh dan body kanan kemik, wira kemik bonek depan. Walau bagaimanapun pemandu lain tidak cedera.

Pemandu Nissan Sunny tersebut dipercayai mengantuk kemudian hilang kawalan sebelum melanggar lori.

Berikut ialah emel yang telah dihantar ke inbox webmaster oleh pengerusi alumni :


sofwansalam

sofwan (tak ingat nak tanya nama penuh) menginggal lebih kurang jam 10 malam pada 9 mei 2009 di rumah isterinya, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Mengikut isteri arwah, arwah mengidap penyakit buah pinggan dan terlantar dihospital sejak 10 hb mac 09. Arwah dibenarkan pulang pada 10 April dan selepas itu terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan mingguan.

Arwah merupakan guru JQAF di Gua Musang manakala Isterinya juga bertugas sebagai guru JQAF di Jajahan yang sama. Arwah mempunyai dua orang anak berumur 18 bulan dan 6 bulan.

Rombongan ALUMNI : Pengerusi bersama SU Zakaria memberi sumbangan. turut kelihatan rakan-rakan seperjuangan arwah di MDI – Nazri, Mahyudin, Omar, Shukri, Shauki,

baby5 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syahrul Nizam bin Talib, bekas pelajar KIAS sesi 2003/2006c yang telah menerima cahaya mata keduanya hari ini. Anak keduanya itu, seorang bayi lelaki seberat 2.75kg selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada jam 10.32 malam. Ustaz Syahrul Nizam kini menetap di Keramat, Kuala Lumpur dan bertugas sbg imam dan guru KAFA di Bukit Antarabangsa. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2005. Tahniah diucapkan.

aisyah10 April 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada bekas pelajar KIAS, Siti Aisyah binti Azizan yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Beliau yang merupakan pelajar di Jabatan Dakwah wal Qiadah sesi 2006/2009 bertemu jodoh dengan anak Kedah, Ustaz Solihen bin Arshad yang merupakan seorang pelajar di Universiti Iman, San’a, Yaman. Kenduri kesyukuran telah diadakan pada 11 April di rumah Aisyah pada 11 April 2009. Tahniah diucapkan.

pada 11 April d

faisal21 Mac 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Ahmad Physyal bin Mohd Rajali, bekas siswa KIAS Jabatan Usuluddin 2000/2003 yang telah mengadakan majlis kesyukurannya pada hari ini di rumahnya di Kg Gertak Dato Gunung, Bachok. Beliau yang kini merupakan guru JQAF di Sekolah Kebangsaan Malubang Pitas, Kota Marudu, Sabah telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Nik Nurulhuda bin Nik Abdul Hamid yang sedang menjalani kursus perguruan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis kesyukuran di sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada 18 Mac lepas di Kota Kubang Labu, Bulatan Pasir Pekan, Wakaf Baharu. Ahmad Physyal merupakan bekas pimpinan PMKIAS Sesi 2001/2002 dan telah diamanahkan sebagai Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Islam juga merupakan graduan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

25 Februari 2009 – Tahniah diucapkan kepada bekas siswa KIAS, Ustaz Ilham bin Che Daud yang telah menerima kehadiran cahaya mata sulungnya hari ini. Beliau yang kini merupakan seorang pegawai di JAKIM di Bahagian Pengurusan Masjid mendapat seorang bayi perempuan yang diberikan nama Ummu Hani’. Ustaz Ilham merupakan bekas siswa KIAS Jabatan Syariah, sesi 2004-2007. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dilihat di http://keindahankhat.blogspot.com/

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »