Berikut ialah berita yang dihantar oleh Ustaz Ahmad Fida’ bin Othman :
Assalamualaikum wrt.
Untuk makluman semua sahabat, Ust Abd. Rahim Hassan @ Insp. Abd Rahim (IPK KL) bahagian narkotik telah mengalami musibah kemalangan pada pagi 1 Ogos 2009 ketika dalam perjalanan bertugas ke lokasi Himpunan Mansuhkan ISA. Beliau menaiki motosikal Kawasaki (berkuasa besar) dan menjadi kebiasaan menaiki motosikal ke tempat kerja. Dalam perjalanan di highway Sungai Besi, selepas tol kajang, empat kereta di hadapan beliau berhenti / brek secara mengejut kerana dimaklumkan bahawa ada kereta kemalangan di hadapan. Beliau pada ketika itu tidak sempat untuk memberhentikan motosikalnya lalu merempuh kereta di hadapannya dan melambung serta terseret di atas jalan raya. Pada ketika itu, beliau lengkap berpakaian polis. Kebetulan beberapa minit selepas daripada itu, seorang anggota polis melalui kawasan tersebut dan menguruskan beliau sehingga dibawa ke hospital.
Isteri beliau (Ustz. Aisyah) dimaklumkan sekitar pukul 10 pagi tentang musibah ini oleh ketua bahagian narkotik pejabat suaminya.
Beliau mengalami patah kaki kiri, patah bahu kiri, patah tangan kanan, patah tulang rusuk kanan dan luka di belakang badan akibat terseret di atas jalanraya. Sekarang ini beliau ditempatkan di Wad 7E, Hospital Serdang. Sebelum ini, 2 hari beliau ditempatkan di ICU hospital berkenaan.
Alhamdulillah, ramai sahabat2 yang memberi sokongan ketika Ust. Aisyah mengalami sedikit tekanan apabila menerima berita ini dan antaranya ex-pimpinan Helwi 2002-2003.
Mohon semua sahabat mendoakan kepada beliau supaya sembuh.
AbuAfiq & UmmiSolehah
Ust. Ahmad Fida’ Hj Osman & Ustz. Asiah Hamat
takziah dari kyah n us jaa…semoga Aisyah tabah atas segala dugaan
assalamu’alaikum…
Takziah diucapkan kepada Aishah dan keluarga di atas musibah yang menimpa A.rahim. sy mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau. semoga Allah memberi kekuatan kepada Aishah sekeluarga dalam menghadapi dugaan ini.
Assalamualaikum
Innalillahi wa inna ilaihi roji’un
Takziah diucapkan kepada keluarga kak Aisyah atas ujian tersebut.
takziah buat Aisyah.semoga bertambah keimanan atas dugaan yang menimpa
assalamualaikum..
takziah utk aisyah dan keluarga..
takziah wat kak aishah d ats msbh yg brlaku…hrp bersabar cz ini ujian drp Allah SWT untk uji keimanan hambaNYA…innallahama’ana…
salam takziah buat Aisyah.semoga terus tabah
Assalamualaikum Wrt. Wbh.
Takziah kepada Ust Rahim dan isteri. Ana sekeluarga mendoakan agar cepat sembuh. Mungkin ziarah dari sahabat-sahabat amat diperlukan ketika ini. Maaf sbb sempat pi hospital sekejap je.
assalamualikum,
maaf lewat buka web ni, semoga ustzh dpt bersbr dgn muibah ini. mudah-mudahan suami ustzh cepat sembuh dan sihat seperti sediakala-Zaharudin & Isteri
assalamualikum,
maaf lewat buka web ni, semoga ustzh dpt bersbr dgn musibah ini. mudah-mudahan suami ustzh cepat sembuh dan sihat seperti sediakala-Zaharudin & Isteri
salam… jom ke blog ana!
salam mcmn ustaz skrg? ada berita terbaru ke?
Takziah kepada ust Rahim dan isteri. semoga cepat sembuh dan tabah di atas ujian yang menimpa.