Feeds:
Kiriman
Komen-komen

29 November 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustazah Noraini binti Mohamad, bekas graduan Diploma al-Dakwah wal Qiadah KIAS 2000-2003 yang telah mengadakan majlis kesyukuran perkahwinannya hari ini. Beliau yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PMKIAS Sesi 2001/2002 telah menyambung penngajian di Mesir dan kini menamatkan pengajian di peringkat Master (Dakwah) di UKM, Bangi. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di KUIS, Selangor. Pasangannya ialah Adli bin Jaafar dari Terengganu, seorang jurutera IT. Tahniah diucapkan.

Advertisement

29 November 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan bekas pelajar KIAS, Ustaz Wan Zahari bin Wan Isa dan Ustazah Noor Aini binti Che Yusoff yang telah mendirikan rumahtangga hari ini. Wan Zahari merupakan graduan KIAS Diploma Usuluddin 2000-2003 manakala Norr Aini  pula graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (3+1 dengan Universiti al-Azhar) 2004-2007. Wan Zahari yang telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin di Universiti al-Azhar Mesir kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu manakala Ustazah Noor Aini bertugas sebagai guru di Rantau Panjang. Tahniah diucapkan, semoga kekal bahagia hingga ke akhirat.

23 Oktober 2009 – Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Alumni KIAS, Ustaz Mohd Zaki bin Zakaria yang telah menimang cahaya mata sulung hari ini. Putera yang diberikan nama Muhammad Zakuan itu selamat dilahirkan di Hospital An-Nisa’, Kota Bharu dengan berat 3.2kg. Zaki yang kini mengusahakan Tadika/Qiraati AZKIA telah  mendirikan rumahtangga dengan Wan Roszaini Wan Daud, pegawai di Jabatan Insolvensi Cawangan Kelantan (Bhgian Muflis/Bankrap) pada April 2005. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.

23 September 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kerana dua orang graduan Jabatan al-Dakwah wal Qiadah yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Mereka yang baru sahaja berkonvokesyen Ogos lalu merupakan bekas pimpinan mahasiswa semasa berada di KIAS. Saudara Mohd Faizul bin Hussein, bekas presiden PMKIAS sesi 2007/2008 bersama gadis pilihannya, Siti Fatehah binti Ramzai mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan dii rumah pengantin perempuan di Kg Kubang Batang, Tumpat hari ini. Tahniah diucapkan kepada mereka dan semoga berbahagia hingga ke akhirat, insya-Allah.

anakzakaria21 September 2009 – Tahniah diucapkan kepada pasangan alumni KIAS, Ustaz Zakaria Abdul Rashid dan Ustazah Wan Khairu Aznirawati, bekas penuntut Diploma Syariah KIAS 200-2003 yang telah menimang cahaya mata pertama mereka pagi tadi. Mereka berdua yang mendirikan rumahtangga pada Disember 2007 telah dikurniakan anak perempuan yang diberikan Nur Ain Aqilah binti Zakaria. Cahaya mata tersebut yang seberat 3.2 kg telah selamat dilahirkan di Hospital Tawau Sabah pagi tadi. Untuk makluman, kedua-dua mereka kini bertugas sebagai guru Jqaf di negeri Di Bawah Bayu ini. Tahniah diucapkan.

anokije16 September 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Wan Ahmad Nizam Wan Daud, bekas siswa Jabatan al-Dakwah wal Qiadah sesi 2000/2003 yang telah menimang cahaya mata sulungnya, seorang anak perempuan pada hari ini. Anak beliau yang dinamakan sebagai Wan Nur ‘Ajla binti Wan Ahmad Nizam itu dilahirkan di Hosptal Sultanah Bahiyah Al0r Star, Kedah dengan berat 3kg. Ustaz Wan Ahmad Nizam sekarang bertugas sebagai guru manakala isterinya, N0raina bt Hj Amran bertugas sebagai guru biologi di MRSM Balik Pulau. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 4 Oktober 2008. Tahniah diucapkan.

Berikut ialah emel yang saya perolehi dari Pengerusi Alumni, Saudara Zaki Zakaria

HILUX-excident02 Julai 2009 – kira-kira jam 3.30 petang, ambo dalam perjalanan pulang dari KIAS bagi urusan ALUMNI yang akan menganjurkan Bazar Ramadhan di KIAS tahun ini, melalui jalan Kedai Lalat menuju ke Bachok. Sampai di Kg. Budi, tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Sunny datang dari arah depan dengan kelajuan lebih kurang 120 km/j meluru masuk laluan ambo dan melanggar body tengah lori yang berada di hadapan ambo kemudian melanggar kereta ambo di bahagian bumper depan. Kereta tersebut terbabas dan hampir masuk ke dalam bendang padi sebelah kanan. Kereta ambo terhenti akibat tayar depan sebelah kanan pecah lalu sebuah kereta jenis wira melanggar belakang ambo.

pemandu nissan sunny cedera parah dan tersepit dibahagian pemandu. Pasukan bomba terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa. walau bagaimanapun mangsa dapat dikeluarkan sebelum pasukan bomba sampai hasil dari pertolongan orang ramai. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Akibat dari kejadian ini, kereta Nissan Sunny mengalami kerosakan yang teruk, lori pecah tangki minyak, tayar dan bumper depan sebelah kanan hilux ambo pecoh dan body kanan kemik, wira kemik bonek depan. Walau bagaimanapun pemandu lain tidak cedera.

Pemandu Nissan Sunny tersebut dipercayai mengantuk kemudian hilang kawalan sebelum melanggar lori.

Berikut ialah emel yang telah dihantar ke inbox webmaster oleh pengerusi alumni :


sofwansalam

sofwan (tak ingat nak tanya nama penuh) menginggal lebih kurang jam 10 malam pada 9 mei 2009 di rumah isterinya, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Mengikut isteri arwah, arwah mengidap penyakit buah pinggan dan terlantar dihospital sejak 10 hb mac 09. Arwah dibenarkan pulang pada 10 April dan selepas itu terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan mingguan.

Arwah merupakan guru JQAF di Gua Musang manakala Isterinya juga bertugas sebagai guru JQAF di Jajahan yang sama. Arwah mempunyai dua orang anak berumur 18 bulan dan 6 bulan.

Rombongan ALUMNI : Pengerusi bersama SU Zakaria memberi sumbangan. turut kelihatan rakan-rakan seperjuangan arwah di MDI – Nazri, Mahyudin, Omar, Shukri, Shauki,

baby5 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syahrul Nizam bin Talib, bekas pelajar KIAS sesi 2003/2006c yang telah menerima cahaya mata keduanya hari ini. Anak keduanya itu, seorang bayi lelaki seberat 2.75kg selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada jam 10.32 malam. Ustaz Syahrul Nizam kini menetap di Keramat, Kuala Lumpur dan bertugas sbg imam dan guru KAFA di Bukit Antarabangsa. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2005. Tahniah diucapkan.

aisyah10 April 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada bekas pelajar KIAS, Siti Aisyah binti Azizan yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Beliau yang merupakan pelajar di Jabatan Dakwah wal Qiadah sesi 2006/2009 bertemu jodoh dengan anak Kedah, Ustaz Solihen bin Arshad yang merupakan seorang pelajar di Universiti Iman, San’a, Yaman. Kenduri kesyukuran telah diadakan pada 11 April di rumah Aisyah pada 11 April 2009. Tahniah diucapkan.

pada 11 April d