Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 16 Mac 2007

16 Mac 2007 – Satu perjumpaan khusus untuk akhawat Alumni KIAS telah diadakan di Dewan Zulkifli, Jalan Dato’ Pati Kota Bharu pada hari ini. Perjumpaan yang dihadiri oleh beberapa orang akhawat yang terdiri dari ahli-ahli Persatuan Alumni KIAS itu bertujuan untuk membincangkan beberapa agenda bertindak bagi menarik keanggotaan yang lebih ramai ke dalam Persatuan Alumni KIAS. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Alumni KIAS iaitu Ustaz Mohd Zaki bin Zakaria yang turut menyampaikan amanatnya. Di antara resolusi yang telah diputuskan ialah mengadakan usrah berkala, penubuhan unit fasilitator Alumni KIAS dan lain-lain.

Read Full Post »

15 Mac 2007 – Persatuan Alumni KIAS mengucapkan selamat pengantin baru kepada Saudara Mohd Rawizal bin Mohd Nawi dan pasangannya Saudari Saadiah Ismail yang telah mendirikan rumahtangga pada 11 Mac 2007. Mohd Rawizal yang sekarang bertugas sebagai Pegawai Promosi dan Perhubungan Luar KIAS mengadakan kenduri kecil-kecilan di rumahnya pada 15 Mac 2007. Beliau merupakan bekas Setiausaha Agung PMKIAS sesi 2002/2003 dan pasangannya merupakan bekas Pengerusi Helwi PMKIAS sesi yang sama. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.

Read Full Post »