Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2007

24 Jun 2007 – Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Haziman bin Mohamad (ex KIAS 2000-2003) yang telah mendapat cahaya mata kedua pada pukul 9.08 pagi hari ini. Sebagaimana anak pertama, anak kedua ini juga merupakan anak lekaki. Menurut beliau yang kini merupakan guru di sebuah sekolah YIK di Kuala Krai, nama untuk anaknya ini masih belum diputuskan.

* nama telah diberikan : Mohd Afifuddin

Read Full Post »

15 Jun 2007 – Persatuan Alumni KIAS hari ini mengadakan kunjungan ziarah ke rumah Ustaz Wan Mahmood Haji Daud, salah seorang pensyarah KIAS yang kini terlantar sakit di rumahnya di Gaal, Pasir Puteh. Rombongan ziarah seramai 18 orang alumni ini diketuai oleh Pengerusi Alumni, Mohd Zaki Zakaria tiba di rumah Ustaz Wan Mahmood kira-kira pukul 4.00 petang. Beliau yang kini terlantar sakit semenjak kira-kira 2 tahun lepas akibat serangan barah otak. Selain itu, beliau juga diserang oleh penyakit gout yang menyukarkannya untuk bergerak. Di dalam kunjungan ini, Persatuan Alumni turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau.

Read Full Post »

Diucapkan selamat pengantin baru kepada beberapa pasangan alumni yang baru mendirikan rumahtangga, antaranya :

1. Saudara Zakaria Abdul Rashid (2000-2003) – Wan Khairu Aznirawati (2000-2003)

2. Saudari Aisyah Harun (2002-2005) – Nik Zaidi (bukan pelajar KIAS)

3. Nashibah (2000-2002) – bukan pelajar KIAS

Read Full Post »

Bagi pihak pengendali laman web alumnikias, kami memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat mengemaskinikan laman ini untuk beberapa ketika kerana beberapa urusan teknikal yang tidak dapat dielakkan. sekian makluman

Read Full Post »