Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2007

21 Oktober 2007 – Takziah diucapkan kepada keluarga salah seorang alumni KIAS, Mohd Zaid bin Muhammad (gambar) yang meninggal dunia hari ini akibat kemalangan jalan raya di Jalan Husein, berdekatan dengan Universiti al-Azhar, Kaherah. Beliau yang berasal dari Kedah baru sahaja bertolak ke ke Mesir untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda pada akhir bulan September yang lepas dan masih menunggu keputusan ujian penentuan tahap (Tahdid Mustawa) bagi menentukan tahun pengajian di Universiti al-Azhar. Difahamkan kemalangan berlaku dengan sebuah kereta yang dipandu laju apabila beliau menyeberangi jalan selepas menyertai majlis bacaan al-Quran di Masjid Syeikh Zaki Ibrahim yang diadakan selepas waktu zohor. Menurut saksi, beliau meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan yang banyak. Beliau merupakan seorang pelajar yang bersyakhsiah baik dan menghormati guru sepanjang berada di KIAS (2004-2007).  al-Fatihah….

lagi berita di http://www.ekpkm.com/main/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=74

Read Full Post »

19 Oktober 2007 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada ustazah Malina binti Md Husain, alumni KIAS 2000-2003 yang mendirikan rumahtangga pada hari ini dengan Ustaz Mohd  Nidzam bin Shafie.  Majlis perkahwinan hari ini telah diadakan di rumah  beliau di Kg Sireh, Kota Bharu  manakala pasangannya dari  Melor, Kota  Bharu.  Kedua-dua mereka ialah mahasiswa Universiti  al-Azhar,  Mesir. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »