Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2007

20 November 2007 – Takziah diucapkan kepada Ustaz Mohd Rozi bin Zakaria (gambar) di atas kematian bapanya hari ini. Setakat berita ini ditulis, pihak webmaster belum mendapat maklumat rasmi mengenai sebab-sebab kematian bapanya. Bapa beliau yang merupakan bekas pengetua di sebulah sekolah YIK telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi hari ini. Menurut Rozi, jenazah bapanya akan disembahyangkan selepas solat zohor. Saudara Rozi merupakan bekas alumni KIAS (2000-2003) telah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan kini berkhidmat sebagai guru di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapanya, amin.

Read Full Post »

18 November 2007 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Mohd Rozeli bin Yahya, bekas pelajar KIAS (2000-2003) yang telah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Suhaibah binti Abdul Majid dari Jengka, Pahang. Rozeli yang telah menamatkan pengajian di Qism Usuluddin, Universiti al-Azhar kini bertugas sebagai guru di Maahad Tahfiz Sains, Berangan, Tumpat. Majlis kesyukuran diadakan di rumahnya di Kg Belukar, Pulai Chondong hari ini. Semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan yang dijalin ini..

Read Full Post »