28 Jun 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Mohd Azlan bin Mat Zain, bekas siswa KIAS Jabatan Usuluddin 2000-2003 yang telah mengadakan majlis perkahwinan dengan gadis pilihan, Wan Hazana binti Wan Hamat hari ini. Azlan yang merupakan graduan dari Universiti al-Azhar, Mesir mengadakan majlis kesyukuran tersebut di rumahnya di Wakaf Zain, Bachok hari ini. Beliau kini bertugas sebagai seorang guru manakala isterinya, Wan Hazana merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan juga seorang guru. Kedua-dua pasangan ini mula berkenalan semasa menuntut di SMU (A) Amir, Beris Indera Petra.
Archive for Jun 2008
Selamat Pengantin Baru.. Ustaz Mohd Azlan bin Mat Zain
Posted in Pengantin Baru on Jun 28, 2008| 4 Comments »
Selamat Pengantin Baru – Fazlini & Ismail Ikram
Posted in Pengantin Baru on Jun 21, 2008| 3 Comments »
21 Jun 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang alumni KIAS yang mendirikan rumahtangga hari ini. Saudari Fazlini binti Juhari, bekas siswi Jabatan Dakwah wal Qiadah Sesi 2002-2005 telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Ustaz Ismail Ikram bin Ahmad, juga bekas siswa jabatan yang sama sesi 2000-2003. Saudari Fazlini kini berkhidmat di bahagian pentadbiran akademik KIAS manakala Ismail sebagai guru di Maahad Tahfiz Al-Quran, Kok Lanas. Majlis perkahwinan diadakan di rumah Fazlini hari ini di Rantau Panjang manakala majlis menyambut menantu pada 22 Jun 2008. Tahniah.
Selamat Pengantin Baru… Ustaz Syahru Ramadhan
Posted in Pengantin Baru on Jun 18, 2008| Leave a Comment »
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Syahru Ramadhana bin Satirin yang telah melansungkan perkahwinan dengan Noor Jamilah binti Che Yusof pada 17 Jun 2008. Kedua-dua mereka merupakan bekas pelajar KIAS di mana Syahru Ramadhan merupakan bekas pelajar Jabatan Dakwah 2003-2007 manakala Nor Jamilah juga merupakan bekas pelajar Jabatan Dakwah 2001-2004. Majlis akad nikah telah diadakan di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi’, Kaherah, Mesir. Pasangan ini sedang melanjutkan pengajian di UNiversiti al-Azhar, Mesir
Tahniah.. Ustaz Fadhli dan Ustaz Rozi
Posted in Pengantin Baru on Jun 8, 2008| 3 Comments »
08 Jun 2008 – Tahniah diucapkan kepada dua orang alumni KIAS, Ustaz Mohd Fadhli bin Che Kob (kanan) dan Ustaz Mohd Rozi bin Zakaria (kiri) yang telah mengadakan majlis perkahwinan secara serentak hari ini. Kedua-dua mereka ini merupakan bekas pelajar KIAS Sesi 2000-2003. Fadhli melansungkan perkahwinan dengan seorang ustazah lulusan Jordan, Maisarah binti Saruji dari Pasir Puteh, Kelantan. Mereka berdua sekarang sedang berkhidmat sebagai guru J-Qaf. Manakala Rozi pula menamatkan zaman bujangnya dengan memilih Fadhlina binti Che KOb iaitu adik Fadhli. Rozi sedang berkhidmat sebagai guru di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat manakala Fadhlina sebagai guru J-qaf. Majlis kesyukuran diadakan di rumah Fadhli di Machang hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua pasangan.
Selamat Pengantin Baru.. Ustaz Hafizul Sis
Posted in Pengantin Baru on Jun 1, 2008| 7 Comments »
1 Jun 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Mohd Hafizul bin Mohamad Sis, bekas siswa KIAS Jabatan Usuluddin 2000-2003 yang telah mengadakan majlis perkahwinannya pada hari ini. Majlis perkahwinan dengan gadis pilihannya, Nor Azimah binti Mahmood itu diadakan di rumahnya di Kg Baung Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Hafizul merupakan graduan Universiti al-Azhar Mesir dan kini berkhidmat sebagai guru di Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong. Sementara Nor Azimah merupakan lulusan UKM dan sedang mengikuti kursus DPLI di UPSI. Tahniah diucapkan. Semoga berbahagian dunia dan akhirat,
Perhatian untuk Ahli Alumni
Sebarang pertanyaan, cadangan dan berita, sila hubungai webmaster Saudara Ahmad Fadhli bin Shaari melalui emel afadhlis@yahoo.com atau sms/call no. 019-9070868Kalendar Alumni
Statistik Pengunjung
- 77,933 pengunjung bermula 14 Mac 2007
-
Arkib
- Selamat pengantin baru Ustazah Noraini binti Mohamad
- Selamat pengantin baru kepada Ustaz Zahari dan Noor Aini
- Tahniah Pengerusi Alumni, Ustaz Mohd Zaki Zakaria.
- Selamat Pengantin Baru.. Faizul & Fatehah
- Tahniah.. Ustaz Zakaria & Ustazah Wan Khairu Aznirawati
- Tahniah Ustaz Wan Ahmad Nizam
- Takziah… Pengerusi Alumni Kemalangan, Kenderaan Rosak Teruk
- Takziah, Ustaz Sofwan, ex-MDI Meninggal Dunia.
- Tahniah Ustaz Syahrul Nizam bin Talib
- Selamat Pengantin Baru… Aisyah Azizan
- Sesiapa yang ada blog peribadi..bolehlah hantar mesej YM offline kat ana atau emel je.. boleh diletakkan kat sini..
Kampus
Komuniti Alumni
- Abdul Fatah Jaafar
- Ahmad Fadhli Shaari’s Site
- Fadhlullah
- Hanafi Zulkafli
- Laman Srikandi (Nor Yani)
- Majdi Zakaria
- Mohd Akhmal Ali
- Mohd Zaiem
- Musa bin Mohamad
- Najid Abdullah
- Naqiuddin
- Nasriah Zulkapli
- Nor Adilah
- Norfazilah Hamzah
- Nuranisah Awang
- Sufian Talib
- Tarmizi & Gang
- Tarmizi & Gang
- Wan Hadiyuddin
- YieQalyubiTantawi
- Yuslaila Nani
Kategori Berita
Komen Terbaru
Dr. Mohd. Hilmi bagi Selamat pengantin baru Ustazah… sham bachok bagi Tahniah Ustaz Wan Ahmad N… sham bachok bagi Selamat pengantin baru kepada… sham bachok bagi Tahniah Pengerusi Alumni, Usta… Kak Atikah Daud bagi Selamat Pengantin Baru.. Ustaz…