Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 17 Julai 2008

17 Julai 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Saudara Abdul Aziz bin Mat, bekas pelajar KIAS Diploma Usuluddin Sesi 2001-2004 yan telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Hifzan binti Mat Husin dari Paya Rambai, Kota Bharu hari ini. Abdul Aziz yang kini bertugas sebagai pembantu tadbir di pejabat Yayasan Islam Kelantan berkata, hanya majlis akad nikah sahaja yang dilakukan setakat ini manakala majlis perkahwinan akan diadakan selepas hari raya nanti. Isterinya yang merupakan graduan Universiti Malaya kini bertugas sebagai guru di Kolej Tahfiz Budaya, Bunut Payung.

Read Full Post »

17 Julai 2008 – Tahniah diucapkan kepada pasangan Ustaz Ahmad Fida dan Ustazah Asiah Hamat yang telah menerima cahaya mata kedua hari ini. Cahaya mata kedua ini merupakan anak perempuan diberikan nama Asma’ Solehah selamat dilahirkan di Hospital Besar Kota Baharu. Ustaz Ahmad Fida’ yang kini berkhidmat di KIAS dan isterinya Ustazah Asiah yang berkhidmat sebagai guru merupakan bekas pelajar KIAS dan pimpinan PMKIAS. Sebelum ini mereka telah mempunyai seorang anak lelaki. Tahniah diucapkan.

 

Read Full Post »