Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2008

TARIKH : 4 OKTOBER 2008 (HARI SABTU)

TEMPAT : HOTEL RAUDHAH (TEPI CIMB, KOTA BHARU), KOTA BHARU

BAYARAN : RM35 seorang. Pasangan suami isteri = RM60. SILA HUBUNGI 019-9863003 (ZAKI)

MASA : 9 PAGI – 12 TENGAH HARI

 

Read Full Post »

21 Ogos 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang alumni KIAS, Ustazah Rosmanizam binti Ramli  dan Ustaz Mohd Azhar bin Alias yang telah diijabkabulkan hari ini. Mereka berdua merupakan bekas mahasiswa KIAS Jabatan Usuluddin Sesi 2000/2003 dan telah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir. Azhar kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Dato Seri Wan Mohamad, Perak manakala Rosmanizam juga seorang guru di SMU (A) Saniah, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Rosmanizam hari ini di Pasir Puteh. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hingga ke akhirat.

Read Full Post »

18 Ogos 2008 – Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada dua orang adik beradik bekas pelajar KIAS, Salmaniah dan Rohana binti Ramli yang mengadakan majlis perkahwinan mereka secara serentak pada hari ini. Kedua-dua mereka merupakan bekas pelajar KIAS Jabatan Syariah Sesi 2000-2003. Salmaniah Ramli mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Sufian bin Che Ali manakala Rohana dengan jejaka pilihan, Mohd Shukri Hassan. Kedua-dua alumni KIAS ini sedang berkhidmat sebagai guru di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Majlis kesyukuran diadakan di rumah mereka di Kg Kubang Mas, Tendong, Pasir Mas pada hari ini. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

17 Ogos 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada salah seorang alumni KIAS, Noriani binti Ariffin yang melangsungkan perkahwinannya hari ini. Beliau yang merupakan bekas siswi KIAS Jabatan Dakwah wal Qiadah Sesi 2002-2005 menjalin ikatan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Abdul Hadi bin Ab’ Alim. Majlis perkahwinan diadakan di rumahnya di Kampung Bendang, Pasir Puteh hari ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, semoaga berbahagia dunia dan akhirat.

Read Full Post »

16 Ogos 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Herman Maswan yang telah mendirikan rumahtangga dengan Ustazah Mahasin binti Mearaj hari ini. Kedua-dua pasangan ini merupakan bekas pelajar KIAS sesi 2000-2003. Herman merupakan graduan KIAS jabatan Syariah manakala Mahasin dari jabatan al-Dakwah wal Qiadah. Herman kini bertugas sebagai motivator di sebuah syarikat di Gombak sementara isterinya sedang menyambung pengajian peringkat master di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedua-dua merupakan bekas pimpinan PMKIAS sesi 2001-2002 dan lepasan Universiti al-Azhar, Mesir. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.

Read Full Post »

15 Ogos 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS sesi 2004-2007 yang telah mendirikan rumah tangga pada hari ini. Mereka ialah Fadiah binti Azmi dan pasangannya Mohd Riduan bin Abdul Razak. Kedua-dua mereka ialah bekas pelajar KIAS Jabatan Dakwah wal Qiadah dan kini sedang menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir. Majlis perkahwinan diadakan di rumah pengantin perempuan hari ini di Kg Baung Batu, Pengkalan Chepa manakala majlis di rumah pengantin lelaki pada 17 Ogos 2008 di rumahnya di Kg Beris Panchor, Tawang, Bachok. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

08 Ogos 2008 – Tahniah diucapkan kepada seorang bekas siswa KIAS, Nik Mohd Kifayatullah bin Nik Din yang telah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Nur Azmina binti Abu Arrijal. Nik Mohd Kifayatullah merupakan graduan Jabatan Dakwah wal Qiadah KIAS Sesi 2000-2003 dan kini baru sahaja selesai menamatkan pengajian peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pulang dari Mesir pada tahun 2004. Manakala isterinya dari Pengkalan Chepa juga merupakan siswi UIA. Majlis akad nikah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Masjid Pulau Melaka selepas waktu asar. Turut sama diakad nikah pada petang ini ialah seorang lagi bekas pelajar KIAS 2001-2004, Asmal Azim bin Hasim yang melangsungkan perkahwingan dengan gadis pilihan, Siti Norlela binti Ghazali. Tahniah diucapkan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

4 Ogos 2008 – Tahniah diucapkan kepada salah seorang alumni KIAS, Ustaz Mohd Nasir Othman yang teah mendapat seorang cahaya mata lelaki hari ini. Cahaya mata tersebut merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Nor Latifah binti Mohd Nor dan selamat dilahirkan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Mohd Nasir merupakan bekas siswa KIAS Jabatan Usuluddin 2000-2003 dan kini sedang bertugas sebagai salah seorang guru di Maahad Tahfiz Sains, Yayasan Islam Kelantan. Menurutnya, anak sulungnya ini dinamakan Harith. Tahniah diucapkan.  (berita berkaitan)

Read Full Post »