Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 5 Oktober 2008

05 Oktober 2008 – Seorang bekas pelajar KIAS, Mohamad bin Abdullah, 22 telah meninggal dunia pagi ini selepas terjatuh dari keretapi di Jerantut, Pahang. Allahyarham yang merupakan bekas pelajar KIAS Ijazah Sarjana Muda Syariah 2005/2008 sedang di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bekerja selepas pulang bercuti sempena Aidilfitri. Beliau dikatakan berada di tangga gerabak kerana kesesakan penumpang yang pulang berhari raya, telah terlelap seketika dan tidak menyedari keretapi telah tiba di stesen. Ekoran itu, kakinya terlanggar besi penghadang di stesen sebelum tergelincir sebelah kakinya ke bawah dan mengakibatkan perutnya ditembusi besi. Peristiwa tersebut dikatakan berlaku sekitar pukul 3 pagi tadi dan beliau disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan pada pukul 5 pagi. Allahyarham yang baru sahaja tamat pengajian di KIAS kini sedang dalam persiapan untuk menyambung pengajian di Mesir dan bekerja secara sambilan sebagai pegawai keselamatan di Kuala Lumpur. Semasa berita ini ditulis, jenazahnya masih belum dibawa pulang ke rumahnya di 197, Kg. Galok, Chetok, 17060 Pasir Mas Kelantan untuk disemadikan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Kredit untuk Rusdi di atas maklumat yang disampaikan.

Read Full Post »

05 OKtober 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustazah Rohana binti Daud, bekas pelajar KIAS Jabatan Usuluddin Sesi 2000-2003 yang telah mendirikan rumahtangga pada hari ini. Beliau mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan, Muliadi binti Mohd Sadir dan majlis perkahwinan telah diadakan di rumahnya hari ini di Kg Padang Jelapang, Pasir Mas, Kelantan. Rohana merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir dan juga bekas pimpinan PMKIAS Sesi 2001/2002. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

04 Oktober 2008 – Majlis Aidilfitri Alumni KIAS (MURNI) II 2008 hari ini telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang. Walaupun sambutan agak kurang berbanding dengan kehadiran di dalam program yang sama pada tahun lepas, program dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jumlah kehadiran seramai 100 orang termasuk VIP dianggap sudah mencapai sasaran apatah lagi dengan pertembungan pelbagai komitmen yang melibatkan ahli-ahli alumni khususnya yang mendirikan rumah tangga di dalam bulan Syawwal ini.

  (selanjutnya…)

Read Full Post »