Berikut ialah emel yang saya perolehi dari Pengerusi Alumni, Saudara Zaki Zakaria
02 Julai 2009 – kira-kira jam 3.30 petang, ambo dalam perjalanan pulang dari KIAS bagi urusan ALUMNI yang akan menganjurkan Bazar Ramadhan di KIAS tahun ini, melalui jalan Kedai Lalat menuju ke Bachok. Sampai di Kg. Budi, tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Sunny datang dari arah depan dengan kelajuan lebih kurang 120 km/j meluru masuk laluan ambo dan melanggar body tengah lori yang berada di hadapan ambo kemudian melanggar kereta ambo di bahagian bumper depan. Kereta tersebut terbabas dan hampir masuk ke dalam bendang padi sebelah kanan. Kereta ambo terhenti akibat tayar depan sebelah kanan pecah lalu sebuah kereta jenis wira melanggar belakang ambo.
pemandu nissan sunny cedera parah dan tersepit dibahagian pemandu. Pasukan bomba terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa. walau bagaimanapun mangsa dapat dikeluarkan sebelum pasukan bomba sampai hasil dari pertolongan orang ramai. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Akibat dari kejadian ini, kereta Nissan Sunny mengalami kerosakan yang teruk, lori pecah tangki minyak, tayar dan bumper depan sebelah kanan hilux ambo pecoh dan body kanan kemik, wira kemik bonek depan. Walau bagaimanapun pemandu lain tidak cedera.
Pemandu Nissan Sunny tersebut dipercayai mengantuk kemudian hilang kawalan sebelum melanggar lori.
Salam,takziah la dari ambo…gagah benar bisnes pengerusi kita lo ni…guna commonrail nah…apa2 pun semoga terus berjaya dan tahniah la dari ambo…
Assalamualaikum wrt.
Untuk makluman semua sahabat, Ust Abd. Rahim Hassan @ Insp. Abd Rahim (IPK KL) bahagian narkotik telah mengalami musibah kemalangan pada pagi 1 Ogos 2009 ketika dalam perjalanan bertugas ke lokasi Himpunan Mansuhkan ISA. Beliau menaiki motosikal Kawasaki (berkuasa besar) dan menjadi kebiasaan menaiki motosikal ke tempat kerja. Dalam perjalanan di highway Sungai Besi, selepas tol kajang, empat kereta di hadapan beliau berhenti / brek secara mengejut kerana dimaklumkan bahawa ada kereta kemalangan di hadapan. Beliau pada ketika itu tidak sempat untuk memberhentikan motosikalnya lalu merempuh kereta di hadapannya dan melambung serta terseret di atas jalan raya. Pada ketika itu, beliau lengkap berpakaian polis. Kebetulan beberapa minit selepas daripada itu, seorang anggota polis melalui kawasan tersebut dan menguruskan beliau sehingga dibawa ke hospital.
Isteri beliau (Ustz. Aisyah) dimaklumkan sekitar pukul 10 pagi tentang musibah ini oleh ketua bahagian narkotik pejabat suaminya.
Beliau mengalami patah kaki kiri, patah bahu kiri, patah tangan kanan, patah tulang rusuk kanan dan luka di belakang badan akibat terseret di atas jalanraya. Sekarang ini beliau ditempatkan di Wad 7E, Hospital Serdang. Sebelum ini, 2 hari beliau ditempatkan di ICU hospital berkenaan.
Alhamdulillah, ramai sahabat2 yang memberi sokongan ketika Ust. Aisyah mengalami sedikit tekanan apabila menerima berita ini dan antaranya ex-pimpinan Helwi 2002-2003.
Mohon semua sahabat mendoakan kepada beliau supaya sembuh.
AbuAfiq & UmmiSolehah
Ust. Ahmad Fida’ Hj Osman & Ustz. Asiah Hamat
erm..Ust Abd. Rahim Hassan @ Insp. Abd Rahim ni yg mana 1 ye?ana rasanya cam, tp ingat2 lupa
Maaf lupa nak maklum. Abd Rahim ni satu batch dengan Penasihat & Pengerusi Alumni kita, Jabatan Dakwah masa di KIAS dulu. Memegang pimpinan PMKIAS semasa Ust. Fadhli sebagai Presiden PMKIAS masa tu.
Ust. Mirza kita nampak masuk paper baru ni…dok ngajar. Huhuhu…ada tokoh guru mithali tu.
Terima kasih..hehe..rezki dpt masuk paper..doakan moga2 alumni kias dimurahkan rezki kesemuanya,Amin..
salam takziah dari ana..
buat k.aisyah harap bersabar atas sgl dugaan yang menimpa.ada hikmah di sebalik kejadian ini..semoga zauj k.aisyah cepat sembuh n dapat menjalani kehidupan spt sediakala.INSYA’ALLAH