Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Buletin’ Category

Berikut ialah emel yang saya perolehi dari Pengerusi Alumni, Saudara Zaki Zakaria

HILUX-excident02 Julai 2009 – kira-kira jam 3.30 petang, ambo dalam perjalanan pulang dari KIAS bagi urusan ALUMNI yang akan menganjurkan Bazar Ramadhan di KIAS tahun ini, melalui jalan Kedai Lalat menuju ke Bachok. Sampai di Kg. Budi, tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Sunny datang dari arah depan dengan kelajuan lebih kurang 120 km/j meluru masuk laluan ambo dan melanggar body tengah lori yang berada di hadapan ambo kemudian melanggar kereta ambo di bahagian bumper depan. Kereta tersebut terbabas dan hampir masuk ke dalam bendang padi sebelah kanan. Kereta ambo terhenti akibat tayar depan sebelah kanan pecah lalu sebuah kereta jenis wira melanggar belakang ambo.

pemandu nissan sunny cedera parah dan tersepit dibahagian pemandu. Pasukan bomba terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa. walau bagaimanapun mangsa dapat dikeluarkan sebelum pasukan bomba sampai hasil dari pertolongan orang ramai. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Akibat dari kejadian ini, kereta Nissan Sunny mengalami kerosakan yang teruk, lori pecah tangki minyak, tayar dan bumper depan sebelah kanan hilux ambo pecoh dan body kanan kemik, wira kemik bonek depan. Walau bagaimanapun pemandu lain tidak cedera.

Pemandu Nissan Sunny tersebut dipercayai mengantuk kemudian hilang kawalan sebelum melanggar lori.

Read Full Post »

Berikut ialah emel yang telah dihantar ke inbox webmaster oleh pengerusi alumni :


sofwansalam

sofwan (tak ingat nak tanya nama penuh) menginggal lebih kurang jam 10 malam pada 9 mei 2009 di rumah isterinya, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Mengikut isteri arwah, arwah mengidap penyakit buah pinggan dan terlantar dihospital sejak 10 hb mac 09. Arwah dibenarkan pulang pada 10 April dan selepas itu terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan mingguan.

Arwah merupakan guru JQAF di Gua Musang manakala Isterinya juga bertugas sebagai guru JQAF di Jajahan yang sama. Arwah mempunyai dua orang anak berumur 18 bulan dan 6 bulan.

Rombongan ALUMNI : Pengerusi bersama SU Zakaria memberi sumbangan. turut kelihatan rakan-rakan seperjuangan arwah di MDI – Nazri, Mahyudin, Omar, Shukri, Shauki,

Read Full Post »

04 Oktober 2008 – Majlis Aidilfitri Alumni KIAS (MURNI) II 2008 hari ini telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang. Walaupun sambutan agak kurang berbanding dengan kehadiran di dalam program yang sama pada tahun lepas, program dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jumlah kehadiran seramai 100 orang termasuk VIP dianggap sudah mencapai sasaran apatah lagi dengan pertembungan pelbagai komitmen yang melibatkan ahli-ahli alumni khususnya yang mendirikan rumah tangga di dalam bulan Syawwal ini.

  (selanjutnya…)

Read Full Post »

01 Mei 2008 – Pasukan Bola Sepak Alumni KIAS hari ini tewas tipis 3-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak mahasiswa KIAS. Perlawanan yang diadakan di Padang YIK tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan adik-adik KIAS yang masih di alam kampus, Menurut kapten pasukan Alumni, Nik Mohd Kifayatulllah, perlawanan ini antara lain juga bertujuan untuk mengumpulkan semula jaguh-jaguh bola sepak alumni khususnya yang pernah mewakili KIAS pada tahun 2003. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak mahasiswa KIAS di atas kemenangan 3-0. (gambar yang dipaparkan hanyalah hiasan semata-mata)

Read Full Post »

26 April 2008 – Rombongan ALUMNI KIAS telah mengadakan ziarah ke rumah bekas pensyarah KIAS, al-Fadhil Dr Che Kob di Machang, Kelantan hari ini. Menurut pengerusi Alumni, Saudara Mohd Zaki Zakaria, ziarah ini bertujuan untuk memastikan hubungan di antara bekas-bekas pelajar KIAS dengan bekas-bekas guru mereka tidak putus dan sentiasa dijalinkan. Dr Che Kob merupakan bekas pensyarah KIAS yang telah bersara pada tahun 2005. Pada pertengahan tahun lalu beliau telah diserang strok ringan dan kini terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat.

Read Full Post »

05 April 2008 – Rombongan Alumni diketuai oleh Saudara Mohd Zaki bin Zakaria telah mengadakan lawatan menziarahi Pendaftar KIAS, Dr Yaacb bin Yusof di rumahnya pada hari ini. Dr Yaakob telah diserang strok ringan pada pertengahan bulan Mac yang lalu dan sehingga kini masih bercuti dari sebarang tugas. Beliau kini sedang berehat di atas nasihat doktor di rumahnya di Kampung Chempaka, Pengkalan Chepa. Seluruh warga alumni mendoakan kesihatannya dan semoga dapat kembali berkhidmat dengan KIAS secepat yang mungkin, Insya-allah.

Read Full Post »

16 Oktober 2007 – Bertemakan ‘Mantapkan ukhuwwah, jalinkan kasih sayang’, Majlis Aidilfitri Alumni KIAS (MURNI) 2007 telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan kehadiran lebih 100 orang ahli alumni yang sebahagiannya datang bersama dengan keluarga masing-masing, program yang julung-julung kali diadakan ini boleh disifatkan sebagai mencapai matlamatnya. MURNI 2007 yang diadakan di Hotel Ansar, Kota Bharu dimulakan dengan mesyuarat agung untuk meluluskan perlembagaan persatuan alumni dan seterusnya diikuti dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, penasihat persatuan alumni merangkap Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah KIAS sebagai mewakili barisan pentadbiran KIAS yang tidak dapat menghadirkan diri pada kali ini. Selain dari itu, MURNI yang dihadiri oleh bekas-bekas pelajar KIAS yang kebanyakannya berkhidmat di perantauan turut diserikan dengan cabutan bertuah, persembahan nasyid Soff-D dan tayangan multimedia. Sedikit video MURNI 2007 boleh ditonton di bawah :

atau di alamat : http://www.youtube.com/watch?v=HENgnok2FIM

Read Full Post »

Older Posts »