Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Cahaya Mata’ Category

23 Oktober 2009 – Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Alumni KIAS, Ustaz Mohd Zaki bin Zakaria yang telah menimang cahaya mata sulung hari ini. Putera yang diberikan nama Muhammad Zakuan itu selamat dilahirkan di Hospital An-Nisa’, Kota Bharu dengan berat 3.2kg. Zaki yang kini mengusahakan Tadika/Qiraati AZKIA telah  mendirikan rumahtangga dengan Wan Roszaini Wan Daud, pegawai di Jabatan Insolvensi Cawangan Kelantan (Bhgian Muflis/Bankrap) pada April 2005. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.

Read Full Post »

anakzakaria21 September 2009 – Tahniah diucapkan kepada pasangan alumni KIAS, Ustaz Zakaria Abdul Rashid dan Ustazah Wan Khairu Aznirawati, bekas penuntut Diploma Syariah KIAS 200-2003 yang telah menimang cahaya mata pertama mereka pagi tadi. Mereka berdua yang mendirikan rumahtangga pada Disember 2007 telah dikurniakan anak perempuan yang diberikan Nur Ain Aqilah binti Zakaria. Cahaya mata tersebut yang seberat 3.2 kg telah selamat dilahirkan di Hospital Tawau Sabah pagi tadi. Untuk makluman, kedua-dua mereka kini bertugas sebagai guru Jqaf di negeri Di Bawah Bayu ini. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

Tahniah Ustaz Wan Ahmad Nizam

anokije16 September 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Wan Ahmad Nizam Wan Daud, bekas siswa Jabatan al-Dakwah wal Qiadah sesi 2000/2003 yang telah menimang cahaya mata sulungnya, seorang anak perempuan pada hari ini. Anak beliau yang dinamakan sebagai Wan Nur ‘Ajla binti Wan Ahmad Nizam itu dilahirkan di Hosptal Sultanah Bahiyah Al0r Star, Kedah dengan berat 3kg. Ustaz Wan Ahmad Nizam sekarang bertugas sebagai guru manakala isterinya, N0raina bt Hj Amran bertugas sebagai guru biologi di MRSM Balik Pulau. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 4 Oktober 2008. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

baby5 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syahrul Nizam bin Talib, bekas pelajar KIAS sesi 2003/2006c yang telah menerima cahaya mata keduanya hari ini. Anak keduanya itu, seorang bayi lelaki seberat 2.75kg selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada jam 10.32 malam. Ustaz Syahrul Nizam kini menetap di Keramat, Kuala Lumpur dan bertugas sbg imam dan guru KAFA di Bukit Antarabangsa. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2005. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

Tahniah Ustaz Ilham Che Daud

25 Februari 2009 – Tahniah diucapkan kepada bekas siswa KIAS, Ustaz Ilham bin Che Daud yang telah menerima kehadiran cahaya mata sulungnya hari ini. Beliau yang kini merupakan seorang pegawai di JAKIM di Bahagian Pengurusan Masjid mendapat seorang bayi perempuan yang diberikan nama Ummu Hani’. Ustaz Ilham merupakan bekas siswa KIAS Jabatan Syariah, sesi 2004-2007. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dilihat di http://keindahankhat.blogspot.com/

Read Full Post »

Tahniah.. Ustaz Haziman

babypokaji3 Disember 2008 – Tahniah diucapkan kepada bekas siswa KIAS, Ustaz Mohammad Haziman bin Mohamad yang telah mencatatkan produktiviti memberasangkan dengan mendapat cahaya mata ketiga dalam masa kurang empat tahun usia perkahwinan. Cahaya matanya kali ini merupakan seorang anak perempuan selepas didahului dengan dua orang cahaya mata lelaki sebelum ini. Dengan berat 3.3kg, anak yang diberikan nama Iman Faqehah binti Mohammad Haziman itu selamat dilahirkan di Hospital Kuala Krai hari ini tepat jam 6.59 petang. Ustaz Haziman yang kini merupakan seorang guru di sekolah YIK menyatakan bahawa tujuannya tidak lain melainkan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Beliau juga menyarankan agar kawan-kawan yang baru mendirikan rumahtangga menuruti jejak langkah beliau ke arah meramaikan umat Islam. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

23 Oktober 2008 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Rozeli bin Yahya kerana telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Oktober yang lepas. Cahaya mata tersebut seberat 2.6kg telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan An-Nisa’ sebelum solat Subuh pada hari tersebut. Majlis akikah telah diadakan di rumahnya di Kg Belukar, Pulai Chondong hari ini. Rozeli, bekas alumni KIAS Jabatan Usuluddin 2000-2003 telah mendirikan rumahtangga dengan Suhaibah binti Abdul Majid dari Pahang pada bulan November tahun lepas. Beliau kini merupakan seorang guru di Maahad Tahfiz Sains, Berangan, Tumpat manakala isterinya merupakan pensyarah di sebuah kolej matrikulasi di Pahang. Menurut Rozeli, cahaya mata sulungnya itu diberikan nama Nur ‘Amirah Husna binti Mohd Rozeli. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

Older Posts »