Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Berikut ialah emel yang telah dihantar ke inbox webmaster oleh pengerusi alumni :


sofwansalam

sofwan (tak ingat nak tanya nama penuh) menginggal lebih kurang jam 10 malam pada 9 mei 2009 di rumah isterinya, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Mengikut isteri arwah, arwah mengidap penyakit buah pinggan dan terlantar dihospital sejak 10 hb mac 09. Arwah dibenarkan pulang pada 10 April dan selepas itu terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan mingguan.

Arwah merupakan guru JQAF di Gua Musang manakala Isterinya juga bertugas sebagai guru JQAF di Jajahan yang sama. Arwah mempunyai dua orang anak berumur 18 bulan dan 6 bulan.

Rombongan ALUMNI : Pengerusi bersama SU Zakaria memberi sumbangan. turut kelihatan rakan-rakan seperjuangan arwah di MDI – Nazri, Mahyudin, Omar, Shukri, Shauki,

Advertisements

baby5 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syahrul Nizam bin Talib, bekas pelajar KIAS sesi 2003/2006c yang telah menerima cahaya mata keduanya hari ini. Anak keduanya itu, seorang bayi lelaki seberat 2.75kg selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada jam 10.32 malam. Ustaz Syahrul Nizam kini menetap di Keramat, Kuala Lumpur dan bertugas sbg imam dan guru KAFA di Bukit Antarabangsa. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2005. Tahniah diucapkan.

aisyah10 April 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada bekas pelajar KIAS, Siti Aisyah binti Azizan yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Beliau yang merupakan pelajar di Jabatan Dakwah wal Qiadah sesi 2006/2009 bertemu jodoh dengan anak Kedah, Ustaz Solihen bin Arshad yang merupakan seorang pelajar di Universiti Iman, San’a, Yaman. Kenduri kesyukuran telah diadakan pada 11 April di rumah Aisyah pada 11 April 2009. Tahniah diucapkan.

pada 11 April d

faisal21 Mac 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Ahmad Physyal bin Mohd Rajali, bekas siswa KIAS Jabatan Usuluddin 2000/2003 yang telah mengadakan majlis kesyukurannya pada hari ini di rumahnya di Kg Gertak Dato Gunung, Bachok. Beliau yang kini merupakan guru JQAF di Sekolah Kebangsaan Malubang Pitas, Kota Marudu, Sabah telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Nik Nurulhuda bin Nik Abdul Hamid yang sedang menjalani kursus perguruan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis kesyukuran di sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada 18 Mac lepas di Kota Kubang Labu, Bulatan Pasir Pekan, Wakaf Baharu. Ahmad Physyal merupakan bekas pimpinan PMKIAS Sesi 2001/2002 dan telah diamanahkan sebagai Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Islam juga merupakan graduan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

25 Februari 2009 – Tahniah diucapkan kepada bekas siswa KIAS, Ustaz Ilham bin Che Daud yang telah menerima kehadiran cahaya mata sulungnya hari ini. Beliau yang kini merupakan seorang pegawai di JAKIM di Bahagian Pengurusan Masjid mendapat seorang bayi perempuan yang diberikan nama Ummu Hani’. Ustaz Ilham merupakan bekas siswa KIAS Jabatan Syariah, sesi 2004-2007. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dilihat di http://keindahankhat.blogspot.com/

kama25 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Kamarulzaman Mat Rasul yang telah mengadakan majlis kesyukuran perkahwinannya hari ini. Beliau yang merupakan bekas siswa Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (3+1) KIAS Sesi 2002/2005 telah menamatkan pengajian di peringkat BA Hons di IAIN, Jambi Indonesia dan kini bertugas sebagai guru di Maahad Tahfiz Sains di Kok Lanas. Pasangannya ialah Nazihah binti Haji Mohd Nawi yang kini sedang berada di tahun akhir Universiti Sains Malaysia. Majlis kesyukuran diadakan di rumah Kamarulzaman di Jalan Long Yunus, Kota Bharu manakala majlis di rumah pengantin perempuan telah diadakan di Kampung Laut, Tumpat pada 12 Disember yang lalu. Tahniah diucapkan.

ruhani 

20 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dan pasangannya Ustazah Siti Ruhani binti Abd Samat yang telah mendirikan rumah tangga hari ini. Ustaz Hafiz merupakan siswa Maahad Dakwah wal Imamah (sebelum ditukar kepada KIAS) sesi 1999/2002 manakala Ustazah Siti Ruhani pula siswi Diploma Usuluddin 2000/2003. Kedua-dua mereka merupakan bekas pimpinan PMKIAS di mana Ustaz Hafiz merupakan bekas presiden PMKIAS sesi 2000/2001 dan isterinya bekas exco PMKIAS 2001/2002. Ustaz Hafiz yang juga merupakan bekas Yang di Pertua KPKM Mesir kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah YIK di Pasir Puteh manakala Ustazah Siti Ruhani juga bertugas sebagai guru YIK di Gua Musang. Majlis kesyukuran telah diadakan hari ini di rumah Siti Ruhani di Kg Pangkal Gong, Pulai Chondong. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.