Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Pengantin Baru’ Category

29 November 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustazah Noraini binti Mohamad, bekas graduan Diploma al-Dakwah wal Qiadah KIAS 2000-2003 yang telah mengadakan majlis kesyukuran perkahwinannya hari ini. Beliau yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PMKIAS Sesi 2001/2002 telah menyambung penngajian di Mesir dan kini menamatkan pengajian di peringkat Master (Dakwah) di UKM, Bangi. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di KUIS, Selangor. Pasangannya ialah Adli bin Jaafar dari Terengganu, seorang jurutera IT. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

29 November 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan bekas pelajar KIAS, Ustaz Wan Zahari bin Wan Isa dan Ustazah Noor Aini binti Che Yusoff yang telah mendirikan rumahtangga hari ini. Wan Zahari merupakan graduan KIAS Diploma Usuluddin 2000-2003 manakala Norr Aini  pula graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (3+1 dengan Universiti al-Azhar) 2004-2007. Wan Zahari yang telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin di Universiti al-Azhar Mesir kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu manakala Ustazah Noor Aini bertugas sebagai guru di Rantau Panjang. Tahniah diucapkan, semoga kekal bahagia hingga ke akhirat.

Read Full Post »

23 September 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kerana dua orang graduan Jabatan al-Dakwah wal Qiadah yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Mereka yang baru sahaja berkonvokesyen Ogos lalu merupakan bekas pimpinan mahasiswa semasa berada di KIAS. Saudara Mohd Faizul bin Hussein, bekas presiden PMKIAS sesi 2007/2008 bersama gadis pilihannya, Siti Fatehah binti Ramzai mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan dii rumah pengantin perempuan di Kg Kubang Batang, Tumpat hari ini. Tahniah diucapkan kepada mereka dan semoga berbahagia hingga ke akhirat, insya-Allah.

Read Full Post »

aisyah10 April 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada bekas pelajar KIAS, Siti Aisyah binti Azizan yang telah diijabkabulkan pada hari ini. Beliau yang merupakan pelajar di Jabatan Dakwah wal Qiadah sesi 2006/2009 bertemu jodoh dengan anak Kedah, Ustaz Solihen bin Arshad yang merupakan seorang pelajar di Universiti Iman, San’a, Yaman. Kenduri kesyukuran telah diadakan pada 11 April di rumah Aisyah pada 11 April 2009. Tahniah diucapkan.

pada 11 April d

Read Full Post »

faisal21 Mac 2009 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Ahmad Physyal bin Mohd Rajali, bekas siswa KIAS Jabatan Usuluddin 2000/2003 yang telah mengadakan majlis kesyukurannya pada hari ini di rumahnya di Kg Gertak Dato Gunung, Bachok. Beliau yang kini merupakan guru JQAF di Sekolah Kebangsaan Malubang Pitas, Kota Marudu, Sabah telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Nik Nurulhuda bin Nik Abdul Hamid yang sedang menjalani kursus perguruan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis kesyukuran di sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada 18 Mac lepas di Kota Kubang Labu, Bulatan Pasir Pekan, Wakaf Baharu. Ahmad Physyal merupakan bekas pimpinan PMKIAS Sesi 2001/2002 dan telah diamanahkan sebagai Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Islam juga merupakan graduan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

Read Full Post »

kama25 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Kamarulzaman Mat Rasul yang telah mengadakan majlis kesyukuran perkahwinannya hari ini. Beliau yang merupakan bekas siswa Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (3+1) KIAS Sesi 2002/2005 telah menamatkan pengajian di peringkat BA Hons di IAIN, Jambi Indonesia dan kini bertugas sebagai guru di Maahad Tahfiz Sains di Kok Lanas. Pasangannya ialah Nazihah binti Haji Mohd Nawi yang kini sedang berada di tahun akhir Universiti Sains Malaysia. Majlis kesyukuran diadakan di rumah Kamarulzaman di Jalan Long Yunus, Kota Bharu manakala majlis di rumah pengantin perempuan telah diadakan di Kampung Laut, Tumpat pada 12 Disember yang lalu. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

ruhani 

20 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dan pasangannya Ustazah Siti Ruhani binti Abd Samat yang telah mendirikan rumah tangga hari ini. Ustaz Hafiz merupakan siswa Maahad Dakwah wal Imamah (sebelum ditukar kepada KIAS) sesi 1999/2002 manakala Ustazah Siti Ruhani pula siswi Diploma Usuluddin 2000/2003. Kedua-dua mereka merupakan bekas pimpinan PMKIAS di mana Ustaz Hafiz merupakan bekas presiden PMKIAS sesi 2000/2001 dan isterinya bekas exco PMKIAS 2001/2002. Ustaz Hafiz yang juga merupakan bekas Yang di Pertua KPKM Mesir kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah YIK di Pasir Puteh manakala Ustazah Siti Ruhani juga bertugas sebagai guru YIK di Gua Musang. Majlis kesyukuran telah diadakan hari ini di rumah Siti Ruhani di Kg Pangkal Gong, Pulai Chondong. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.

Read Full Post »

murnie-husband

13 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada salah seorang bekas siswi KIAS, Murnie binti Ariffin yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Murnie yang merupakan graduan Diploma Usuluddin KIAS 2005-2008 kini sedang menuntut di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Pasangannya ialah Che Shukri bin Che Musa @ Che Din yang merupakan pegawai di Bahagaian Akademik, KIAS. Majlis kesyukuran di sebelah pengantin perempuan telah diadakan hari ini di Kemubu, Dabong manakala majlis menyambut menantu pada 15 Disember 2008 di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia selama-lamanya.

Read Full Post »

nazri

13 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Mohd Nazri Husin, bekas siswa KIAS Jabatan Syariah 2001-2004 yang telah mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya di Kg Padang Embon, Tendong, Pasir Mas hari ini. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustazah Roizah binti Ismail. Nazri yang merupakan graduan Syariah Universiti al-Azhar Mesir dan bekas pimpinan PMKIAS kini bertugas sebagai guru J-Qaf di Tanah Merah manakala isterinya yang berasal dari Labok, Machang juga merupakan guru J-Qaf di Sekolah Kebangssan Kampung Laut, Tumpat. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini.

Read Full Post »

mahadi-asiyah20 November 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS sesi 2000/2003 yang telah diijabkabulkan hari ini. Mereka ialah Ustaz Nor Mahadi bin Ibrahim, graduan Diploma al-Dakwah Wal Qiadah dan pasangannya, Ustazah Siti Aishah binti Ahmad Siuti @ Ab Halim, graduan Diploma al-Syariah. Kedua-dua mereka telah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir di mana Ustaz Nor Mahadi bertugas sebagai guru JQAF di Sek. Keb. Wakaf Baharu. Majlis kesyukuran difahamkan akan diadakan pada awal tahun 2009. Tahniah diucapkan.

Read Full Post »

Older Posts »